Saturday, April 4, 2015

Susunatur Untuk Kerja Pengeringan Kayu


Kaedah susunan

i.     Letak dan susun kayu penyokong di atas tapak yang rata atau ruang susunan. Kayu penyokong hendaklah 20cm tinggi dari aras tapak bagi membenarkan peredaran udara di bawahnya.
ii.   Kayu penyokong hendaklah dalam keadaan baik dan mampu menahan beban yang disokong dan cuaca. 


iii.    Susun kayu bergergaji di atas kayu penyokong selari antara satu sama lain.


iv.   Setiap lapisan susunan kayu hendaklah disokong dengan kayu penjarak/ sticker bersaiz 25mm persegi pada jarak 600mm bagi menjarakkannya supaya berlaku peredaran udara disekelilingnya.


v.     Kelebaran maksimum timbunan kayu yang tersusun adalah 1.8m. Semakin tinggi timbunan adalah semakin baik untuk mengelakkan kayu dari menggeleding.

vi.   Salut atau cat bahagian hujung kayu dengan cat atau perekat bagi mengurangkan risiko rekah.


Monday, March 16, 2015

Pengeringan Udara Secara Semulajadi


1. Menggunakan kaedah semulajadi iaitu tenaga angin dan bahang cahaya matahari di bawah tempat yang berbumbung, rata dan terbuka.

      2. Kelebihan:
i.              Kos awalan yang rendah (menjimatkan kos).
ii.            Dapat dilakukan dalam jumlah yang banyak.
iii.           Tidak memerlukan pembinaan untuk pengeringan.

3. Kekurangan:
i.              Proses pengeringan tidak dapat dikawal.
ii.            Tempoh pengeringan yang sangat lambat.
iii.           Kayu yang dikeringkan tidak seragam.
iv.           Kayu mudah rosak akibat perubahan cuaca.

      4. Faktor yang mempengaruhi tempoh pengeringan kayu:
i.              Spesis/ jenis kayu
ii.            Ukuran keratan kayu
iii.           Persekitaran tapak pengeringan
iv.           Kaedah susunan kayu

Kaedah Pengeringan Kayu



      1. Pengeringan Udara Secara Semulajadi

      2. Pengeringan Tanur

      3. Pengeringan Solar

Tujuan Pengeringan Kayu


1. Untuk menghalang pengecutan kayu berlaku selepas pemasangan.

2. Untuk memaksimumkan kekuatan kayu. Sebelum dikeringkan, kayu hijau mempunyai kandungan lembapan antara 25% - 30%.

3. Untuk mengurangkan kerosakan kayu akibat serangan kulat dan serangga. Kayu yang mempunyai kandungan lembapan kurang daripada 20% tidak mungkin mengalami reput kayu akibat serangan kulat.

4. Untuk memudahkan pengendalian dalam kerja pemprosesan kayu. Kayu yang telah dikeringkan adalah lebih ringan daripada kayu hijau.

5. Untuk meningkatkan keberkesanan dalam kerja pengawetan kayu. Bahan pengawet dapat meresap dengan mudah ke dalam kayu yang telah dikeringkan terlebih dahulu.

6. Untuk mempercepatkan proses perekatan kayu.

7. Untuk keberkesanan dalam kerja kemasiapan kayu.

8. Untuk mencegah kakisan bahan-bahan perhiasan logam.

9. Bagi memenuhi undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan kayu struktur dalam bangunan.

Pengeringan Kayu


Pengeringan kayu merupakan suatu proses mengeluarkan lembapan atau cecair (kandungan air) dalam rongga sel dan dinding kayu sehingga mencapai peratusan lembapan yang sesuai. Kayu perlu melalui proses pengeringan yang teratur supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan seperti dalam kerja-kerja pembinaan dan pembuatan perabot.  Kerja pengeringan kayu memerlukan pengetahuan dan kemahiran kerana kesilapan dalam pengendaliannya akan menyebabkan kualiti kayu terjejas.